PERASMIAN MUKTAMAR MISG 2008 OLEH YB. TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Malaysian Islamic Study Group (MISG) USA telah mengadakan Muktamar Tahunan bagi Tahun 2008 di Hilton Houston, Southwest, Houston Texas pada 25 hingga 30 Disember 2008 yang lalu. Muktamar yang dianjurkan bersama Indonesian Muslim Society in America ini telah turut mengadakan Majlis Perasmian bersama oleh wakil Konsulat Indonesia dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron.

Majlis yang berjalan penuh meriah ini telah dihadiri oleh lebih 700 pelajar Malaysia dan pelajar serta masyarakat Indonesia yang mewakili seluruh Amerika Syarikat.

Bersempena Muktamar kali ini YB Datuk Timbalan Menteri turut melapangkan masa bersama-sama pelajar Malaysia di majlis Makan Malam bersama Timbalan Menteri yang turut di adakan di hotel yang sama pada sebelah malamnya.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Washington DC, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Chicago, serta pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Los Angeles, Chicago dan Washington.