Pembentangan Kertas Cadangan Tuan Rumah Midwest Games 2009

Tiga buah persatuan pelajar telah mengemukakan dan membentangkan kertas cadangan masing-masing dalam satu Sesi Pembentangan Kertas Cadangan Midwest Games 2009 yang berlangsung penuh meriah dan bermakna pada 19 Disember 2008 yang lalu. Majlis yang dihadiri oleh 8 orang wakil persatuan pelajar universiti itu telah diadakan di pejabat MSD Chicago di Evanston, Illinios. Kesemua persatuan telah membuat persiapan yang rapi dan telah membuat pembentangan kertas yang begitu mantap dan menarik.

Universiti-universiti yang telah menyatakan hasrat menganjur Midwest Games 2009 berkenaan ialah Wichita State University yang telah menghantar Ungku Muzhafar Ahmad b. Ungku Adnan (Vice President) sebagai wakil; University of Nebraska-Lincoln yang telah menghantar dua wakil iaitu Steve Guat Loon Eng (President) dan Ling Yit Wong (Treasurer); manakala University of Illinois Urbana Champaign telah menghantar lima wakil iaitu Muhammad Afiq Hamzah (Pengarah MWG 2009), Muhammad Hazlan Jamal (Troubleshooter MWG 2009), Muhammad Syafiq Mazlan (Penolong Pengarah MWG 2009), Mohd Norsafwan MD Nadzri (Setiausaha MWG 2009) dan Muhamad Iskandar Shah Safar (JK Sukan MWG 2009).

MSD Chicago amat berpuas hati dengan persiapan dan pembentangan yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua wakil universiti dan berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Keputusan muktamad berhubung pemilihan tuan rumah penganjuran Midwest Games 2009 akan dibuat sebelum berakhirnya tahun 2008 dan mesyuarat penubuhan dan perlantikan Jawatankuasa akan dibuat secepat mungkin.