Selamat Kembali ke Tanah Air, K.Sukumaran

En. K. Sukumaran, Pengarah MIDA, Chicago mengadakan kunjungan hormat ke pejabat MSD Chicago di Evanston sempena kepulangan beliau ke tanah air setelah menamatkan perkhidmatan di Amerka Syarikat lebih tujuh tahun. Dalam kunjungan berkenaan, beliau sempat bergambar kenangan bersama Pengarah dan pegawai-pegawai MSD Chicago.

MSD Chicago mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberi sepanjang perkhidmatan beliau di Chicago. Selamat pulang ke tanah air dan semoga terus cemerlang di pejabat baru nanti.