Seramai lebih kurang 60 orang pelajar telah menyertai Program Ihya' Ramadhan di University of Illinois, Urbana Champange pada 14 September 2008. Beberapa pelajar telah bergilir-gilir mengimamkan Solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawikh. Turut menyerikan program berkenaan ialah Pn. Enson Din, salah seorang pegawai MSD Chicago yang turut hadir bersama-sama. Gambar turut dirakamkan sepanjang program tersebut.