Count Down Merdeka 2008 di MSD Chicago

Sabtu. 30 Ogos 2008. 11.50 malam.
Semua pegawai dan kakitangan MSD Chicago beserta ahli keluarga telah bersama-sama menghadiri program Count Down Merdeka di Pejabat MSD Chicago. En. Azmee, En. Fazli dan En. Azizan serta keluarga masing-masing turut serta menyerikan majlis berkenaan.
Selepas Count Down, semua hadirin menyanyikan lagu Negaraku diikuti beberapa lagu patriotik. Jamuan ringan turut disediakan untuk hadirin.
MSD Chicago mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-51.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!